JOM MENGENALI SUHAKAM !
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) merupakan sebuah badan yang ditubuhkan di Malaysia pada tahun 1999 di bawah Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia.
Fungsi SUHAKAM :
- Untuk memupuk kesedaran dan menyediakan pendidikan yang berhubung hak asasi manusia;
- Untuk menasihati dan membantu Kerajaan dalam merumuskan perundangan dan arahan dan tatacara pentadbiran dan mengesyorkan langkah-langkah yang perlu diambil;
- Untuk mengesyorkan kepada Kerajaan berkenaan dengan penandatanganan atau penyertaan dalam perjanjian dan suratcara antarabangsa yang lain dalam bidang hak asasi manusia;
- Untuk menyiasat aduan berkenaan dengan pelanggaran hak asasi manusia.
SUHAKAM memiliki laman webnya sendiri di mana warga Malaysia boleh mendapatkan maklumat yang dikehendaki dalam sekelip mata. Untuk mengenali sejarah dan aktiviti SUHAKAM, layarilah laman webnya pada http://www.suhakam.org.my/ms/.
No comments:
Post a Comment