Monday, 16 May 2016

Anomie

Anomie

Anomie merupakan perkataan yang diperkenalkan olek pakar sosiologi Emile Durkheim dalam bukunya The Division of Labour in Society. Anomie berasal dari perkataan Greek iaitu a yang bermaksud tanpa dan noma yang bermaksud peraturan.
Emile Durkheim
 Menurut Durkheim, anomie adalah situasi di mana norma sesuatu masyarakat menjadi keliru, tidak jelas atau tidak wujud dan ini menyebabkan berlaku perubahan dalam sikap sesetengah individu dalam masyarakat tersebut. Beliau juga percaya anomie adalah punca utama berlakunya pembunuhan diri. Menurut Durkheim, berlaku perubahan dalam struktur masyarakat yang berkembang dari mudah ke lebih kompleks. Masyarakat, awalnya, mempunyai pemahamam dan tujuan yang sama dan perubahan dalam struktur masyarakat menyebabkan terputusnya hubungan sesame mereka. Dengan terputusnya hubungan sesama mereka maka norma sesuatu masyarakat tidak lagi mengawal perlakuan sesuatu individu dalam masyarakat tersebut. 
Perubahan(sama ada baik atau buruk) yang berlaku secara drastic ini menyebabkan tidak ada norma masyarakat yang menjadi panduan hidup untuk seseorang individu dalam masyarakat tersebut. Durkheim sedar bahawa perubahan drastic dalam masyarakat, misalnya kemelesetan ekonomi, menyebabkan berlaku anomie(kehilangan norma masyarakat sebagai panduan) yang membawa kepada situasi seperti jenayah, kes bunuh diri dan perubahan sikap

No comments:

Post a Comment