Wednesday, 29 June 2016

WARISAN - JASA BONDA

JASA BONDA
Klip video ini mengandungi lirik lagu Jasa Bonda yang merupakan nyanyian Kumpulan Warisan. Lagu ini menyampaikan mesej kepada kita tentang jasa dan pengorbanan seorang ibu.

IHSAN-IHSAN SEORANG IBU

Lirik lagu ini menggambarkan pengorbanan yang dilakukan oleh seorang ibu yang bukan setakat menunaikan tanggungjawab atau kewajipannya dalam memelihara seseorang anak. Seseorang ibu(atau bapa) bekerja keras untuk membekalkan anak-anak mereka dengan keperluan asas yang diperlukan. Ibu(bapa) bekerja siang dan malam sedangkan kita mempunyai masa unuk berehat dan tidur, hanya untuk kebahagiaan kita. Dalam video lagu ini juga terdapat petikan puisi Usman Awang yang menyampaikan mesej bahawa ada juga ibu yang bekerja keras sehingga tidak mempedulikan situasi tempat kerja yang bertentangan dengan hak asasi mereka. bagi mereka, kebahagiaan anak mereka yang menjadi tumpuan utama dan mereka sanggup mengerah diri demi mencapai matlamat tersebut. Kita seharusnya sedar bahawa ibu( bapa) yang benar-benar mencintai anak mereka tidak memarahi anak mereka yang melakukan kesalahan kerana bagi mereka marah adalah sejenis 'rawatan' kepada sikap sesetengah anak-anak supaya dapat membentuk bakal pemimpin yang berkaliber (situasi ini tidak sama dalam kes penderaan kanak2 yang sememangnya tidak mempunyai nilai kasih sayang tetapi sebaliknya).

HAK SEORANG IBU

Setiap ibu (bapa) yang menghabiskan kehidupannya dalam memberikan kebahagiaan kepada anak-anak mereka haruslah dilindungi daripada sebarangan pengabaian atau penindasan. Setiap anak harus sedar akan jasa ibu(bapa) kita dan berusaha membalas jasa tersebut dengan memberi kebahagiaan kepada mereka. Anak yang lupa akan jasa ibu bapa menjadi punca utama ibu bapa diabaikan apabila mereka merangka usia tua dan tidak berdaya. Sememangnya seorang anak yang mengenang jasa ibu bapanya akan berusaha dengan lebih tekun untuk menjaga kebajikan dan kebahagiaan ibu bapa mereka.

TELL ME WHY



HAK-HAK ASASI KANAK-KANAK

Hak-hak asasi manusia yang disentuh dalam klip lagu ini adalah berkaitan dengan kanak-kanak. Penulis skrip lagu ini memfokuskan kepada hak-hak asasi yang sepatutnya seseorang kanak-kanak ada di dunia ini selaraskan dengan yang disenaraikan dalam Artikel 25 Universal Declaration of Human Rights. 

Antara hak-hak yang disentuh adalah :
  • Dilindungi dari sebarang pengabaian, penindasan, diskriminasi dan eksploitasi. 
  • Mendapat keperluan asas seperti pakaian, tempat tinggal, makanan dan keselamatan. 
  • Diberi perlindungan. 
  • Tinggal di dalam komuniti dan persekitaran yang aman damai. 
  • Dipertahankan dan diberi bantuan
Klip video ini menggambarkan setiap kanak-kanak yang lahir di dunia ini tidak diberi layanan yang sama. Klip ini boleh menjadi inspirasi kepada individu untuk menyiapkan dirinya untuk menghulurkan bantuan kepada yang perlu dan berdiri mempertahankan hak-hak mereka yang ditindas. 

WIKILEAKS COLLATERAL MURDER


(https://www.youtube.com/watch?v=5rXPrfnU3G0) 


Klip video 'WIKILEAKS Collateral Murder' menggambarkan serangan melalui udara yang dilakukan oleh tentera AS ke atas dua wartawan Reuters dan masyarakat tempatan di New Baghdad. Selain itu, terdapat kanak-kanak yang tercedera akibat serangan tersebut. Pihak tentera tidak mendedahkan bagaimana kakitangan Reuters terbunuh, dan menyatakan bahawa mereka tidak tahu bagaimana kanak-kanak cedera. Selepas permintaan oleh Reuters, kejadian itu disiasat dan tentera AS itu membuat kesimpulan bahawa tindakan tentera adalah selaras dengan undang-undang konflik bersenjata dan " Rules of Engagement". WIKILEAKS telah memperolehi rakaman video dan dokumen sokongan pemberi maklumat "whistleblowers" tentera. Kesahihan maklumat dan video juga disahkan. 

Setelah menganalisis kandungan video dan daripada sumber-sumber lain, saya mendapati perbuatan dan tindakan tentera AS dalam video ini mencabul hak-hak asasi manusia yang disenaraikan dalam deklarasi. Analisa tersebut diringkaskan dalam gambar yang dilampirkan.


Saturday, 4 June 2016

KENALILAH HAK ASASI MANUSIA





ideo ini membicarakan apakah hak asasi manusia oleh Faisal Tehrani. Pada pendapat beliau, dua tunjang hak asasi manusia adalah hormat dan maruah. Maka, sebagai seorang manusia amatlah penting untuk menyedari kepentingan kedua-dua elemen tersebut dalam kehidupan. Beliau juga menyatakan hak asasi manusia bukanlah sesuatu agama yang baru tetapi digalakkan dalam kesemua agama di mana semua agama memupuk keamanan dan keharmonian.