HAK-HAK ASASI KANAK-KANAK
Hak-hak asasi manusia yang disentuh dalam klip lagu ini adalah berkaitan dengan kanak-kanak. Penulis skrip lagu ini memfokuskan kepada hak-hak asasi yang sepatutnya seseorang kanak-kanak ada di dunia ini selaraskan dengan yang disenaraikan dalam Artikel 25 Universal Declaration of Human Rights.

Antara hak-hak yang disentuh adalah :
- Dilindungi dari sebarang pengabaian, penindasan, diskriminasi dan eksploitasi.
- Mendapat keperluan asas seperti pakaian, tempat tinggal, makanan dan keselamatan.
- Diberi perlindungan.
- Tinggal di dalam komuniti dan persekitaran yang aman damai.
- Dipertahankan dan diberi bantuan
Klip video ini menggambarkan setiap kanak-kanak yang lahir di dunia ini tidak diberi layanan yang sama. Klip ini boleh menjadi inspirasi kepada individu untuk menyiapkan dirinya untuk menghulurkan bantuan kepada yang perlu dan berdiri mempertahankan hak-hak mereka yang ditindas.
No comments:
Post a Comment