Wednesday, 29 June 2016

WARISAN - JASA BONDA

JASA BONDA
Klip video ini mengandungi lirik lagu Jasa Bonda yang merupakan nyanyian Kumpulan Warisan. Lagu ini menyampaikan mesej kepada kita tentang jasa dan pengorbanan seorang ibu.

IHSAN-IHSAN SEORANG IBU

Lirik lagu ini menggambarkan pengorbanan yang dilakukan oleh seorang ibu yang bukan setakat menunaikan tanggungjawab atau kewajipannya dalam memelihara seseorang anak. Seseorang ibu(atau bapa) bekerja keras untuk membekalkan anak-anak mereka dengan keperluan asas yang diperlukan. Ibu(bapa) bekerja siang dan malam sedangkan kita mempunyai masa unuk berehat dan tidur, hanya untuk kebahagiaan kita. Dalam video lagu ini juga terdapat petikan puisi Usman Awang yang menyampaikan mesej bahawa ada juga ibu yang bekerja keras sehingga tidak mempedulikan situasi tempat kerja yang bertentangan dengan hak asasi mereka. bagi mereka, kebahagiaan anak mereka yang menjadi tumpuan utama dan mereka sanggup mengerah diri demi mencapai matlamat tersebut. Kita seharusnya sedar bahawa ibu( bapa) yang benar-benar mencintai anak mereka tidak memarahi anak mereka yang melakukan kesalahan kerana bagi mereka marah adalah sejenis 'rawatan' kepada sikap sesetengah anak-anak supaya dapat membentuk bakal pemimpin yang berkaliber (situasi ini tidak sama dalam kes penderaan kanak2 yang sememangnya tidak mempunyai nilai kasih sayang tetapi sebaliknya).

HAK SEORANG IBU

Setiap ibu (bapa) yang menghabiskan kehidupannya dalam memberikan kebahagiaan kepada anak-anak mereka haruslah dilindungi daripada sebarangan pengabaian atau penindasan. Setiap anak harus sedar akan jasa ibu(bapa) kita dan berusaha membalas jasa tersebut dengan memberi kebahagiaan kepada mereka. Anak yang lupa akan jasa ibu bapa menjadi punca utama ibu bapa diabaikan apabila mereka merangka usia tua dan tidak berdaya. Sememangnya seorang anak yang mengenang jasa ibu bapanya akan berusaha dengan lebih tekun untuk menjaga kebajikan dan kebahagiaan ibu bapa mereka.

No comments:

Post a Comment